Saturday, 1 June 2013


Cinta Adalah Anugerah 

Cinta mengajar seseorang dalam pelbagai benda.Cinta bukan sebuah masalah yang membuat seseorang itu untuk menyakiti atau disakiti.Cinta adalah lahirnya sebuah kebahagian yang terbentuk dari dua hati dua jiwa dua insan menjadi sebuah pasangan yang saling melengkapi.Cinta mengajar seseorang untuk lebih tabah dalam menghadapi masalah dan cuba mematangkan diri untuk menyelesaikan masalah tersebut.Cinta juga kasih sayang yang menunjukkan kita sayang seseorang itu dan sukar dilepaskan.Cinta Islam adalah cinta yang paling indah.Cinta secara halal adalah seorang lelaki mengahwini seorang wanita.Ramai orang berkata "couple itu haram" cuba pertimbangkan?ada juga yang berkata bercinta jarak jauh mengurangkan zina?mungkin tapi couple jarak jauh juga ada zina iaitu zina hati.Cinta itu buta?sampai sekarang menjadi tanda tanya kenapa cinta itu buta?hmm mungkin bila dah betul betul besar nanti aku akan faham semua tu.insyaAllah.Alangkah indah jika bertemu cinta di Kaabah.tidak semudah yang kita mahu itu kita akan dapat dan terus menjadi hak kita.Sebuah pertemuan cinta sekarang tidak semestinya kekal jika dipertemukan dengan orang baru maka itu bermakna datangnya orang yang lebih terbaik dari yang sebelumnya.Sekarang aku mempunyai cinta jarak jauh yang sangat awesome,yang sangat sweet,yang sangat luar biasa,yang sangat baik,yang sangat memahami dan satu yang aku harapkan jagalah hatimu selagi mana dirimu mampu bertahan dengan sikapku yang tidak sempurna.Dirimu adalah cinta jarak jauh yang pertama yang aku milikku dan insyaAllah cinta terakhir dalam hidupku :')

#SeorangGadisKecilYangSedangBerbicara 

<terima kasih atas kebahagian,senyuman,pengorbanan dan kasih sayang>

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan pesanan Anda di sini :)